cubit saya

Thursday, February 23, 2012

penentu permintaan


  1. Harga barang itu
   




















faktor-faktor lain :

    2.   Harga barang lain




                                                                                 
          * barang pengganti (barang y boleh diganti dgn barang lain)
             contoh : cakera padat = kaset
                          teh = kopi
                          bas = teksi

             hubungan : positif = ganti













         * barang penggenap (barang y perlu digunakan bersama-sama)
            contoh : video kamera = pita
                         sampul surat = setem
                         pen = dakwat
                         kereta = petrol
                  
           hubungan : negatif = genap

             











    3.   Pendapatan individu
          * perubahan dalam pendapatan individu mempengaruhi kuantiti yang diminta.
          * pertambahan dalam pendapatan individu akan meningkatkan permintaan individu.
          * hubungan antara tingkat pendapatan dengan kuantiti yang diminta adalah positif.



    4.   Cita rasa
          * jika pengguna suka, permintaan terhadap barang dan perkhidmatan akan meningkat.



    5.   Jangkaan harga pada masa depan
          * jika harga sesuatu barang dijangka naik pada masa depan dan barang tersebut boleh disimpan,  maka pengguna akan membeli dengan banyak pada masa sekarang. Oleh itu, permintaan pada masa kini akan bertambah.
          * jika harga pada masa depan dijangka jatuh, maka pengguna akan menangguhkan pembeliannya pada masa sekarang.



    6.   Musim
          * antaranya : musim perayaan, musim cuti sekolah, keadaan cuaca pada masa-masa tertentu.
          * contoh : Hari Raya Aidilfitri - permintaan baju kurung, baju melayu, selendang dan songkok akan meningkat.



    7.   Dasar kerajaan (cukai)
          * peningkatan pendapatan akan menambah kuasa beli pengguna.
          * jika kadar cukai berkurang, pendapatan boleh guna meningkat, permintaan terhadap barang meningkat.
          * jika kadar cukai bertambah, pendapatan boleh guna menurun, permintaan terhadap barang menurun.


permintaan

maksud permintaan :
* kuantiti barang atau perkhidmatan yang ingin dan mampu dibeli oleh pengguna pada suatu tingkat harga dan pada suatu tempoh masa tertentu.

* permintaan ada jika = ingin beli, mampu beli.


hukum permintaan (-ve) :

   


JADUAL PERMINTAAN INDIVIDU :

contoh: permintaan terhadap sawi.








PEMBENTUKAN keluk permintaan individu :

* Pada tingkat harga RM1 sekilogram, kuantiti diminta bagi sawi ialah 10kg dan ditanda dengan titik a.
* Pada tingkat harga RM2 sekilogram, kuantiti diminta bagi sawi ialah 8 kg dan ditanda dengan titik b.
* Pada tingkat harga RM3 sekilogram, kuantiti diminta bagi sawi ialah 6 kg dan ditanda dengan titik c.
* Pada tingkat harga RM4 sekilogram, kuantiti diminta bagi sawi ialah 4 kg dan ditanda dengan titik d.
* Pada tingkat harga RM5 sekilogram, kuantiti diminta bagi sawi ialah 2 kg dan ditanda dengan titik e.
* (tambah semua rumusan keluk)


RUMUSAN keluk :

  1.  Keluk permintaan individu terbentuk dengan menyambung titik-titik a, b,c, d dan e.
  2.  Jika harga meningkat, maka kuantiti barang diminta akan menurun.
  3.  Bentuk keluk permintaan adalah mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
  4.  Hubungan harga dengan kuantiti yang diminta adalah songsang atau negatif.

perhatian :
dari kiri ke kanan : wajib tulis perkataan ini. jangan ubah kedudukan ayat tersebut seperti "dari kanan ke kiri". wajib ditulis begini " dari kiri ke kanan". yang berubah hanyalah mencerun ke (bawah / atas) sahaja. jika keluk -ve, mencerun ke bawah. jika keluk +ve, mencerun ke atas. please take it seriously.. 8 )

objektif isi rumah


  1. memaksimumkan kepuasan (utiliti) .
  2. terpaksa membuat pilihan berdasarkan cita rasa.
*kepuasan meningkat = utiliti meningkat.

peranan isi rumah


  1. pembekal input pengeluaran
              *contoh: buruh, tanah, modal dan usahawan.

              *ganjaran: modal =  faedah
                               buruh =  upah
                               usahawan  =  untung
                               tanah =  sewa
                             
    2.  pengguna barang dan perkhidmatan

               *kehendak isi rumah tidak terhad.
               *tapi ia terhalang oleh pendapatan.


Thursday, February 2, 2012

pelaburan vs tabungan

haha..rasanya bukan subjek ekonomi asas kalau soalan ni tak muncul dalam paper spm nanti..sebabnya setiap kali peperiksaan ada jer tajuk ni nak keluar..so..mungkin sejarah saya akan berulang pada anda pula..apa yang penting faham dulu baru mulakan hafalan ok..caiyok deh..!!

persamaan : menghasilkan ganjaran.

cara melabur

ok..tajuk ni agak famous..berikan perhatian dan cuba hafal sebaik mungkin ok..u can do it..caiyok23..!!




tujuan melabur


sebab pinjaman dikenakan faedah


tujuan meminjam


tujuan menabung


konsep tabungan