cubit saya

Monday, March 19, 2012

pasaran

maksud pasaran :
suatu keadaan apabila para penjual dan pembeli bertemu secara langsung atau tidak langsung untuk menjalankan urus niaga.

*pasaran secara langsung >>> penjual dan pembeli bertemu di satu tempat (kedai, pasar raya)
*pasaran tidak langsung   >>> melalui alat2 perhubungan (telefon, faks, internet, pos)


ciri-ciri pasaran :
a. wujudnya penjual dan pembeli.
b. terdapat barang atau perkhidmatan yang diurusniagakan.
c. terdapat suatu tingkat harga yang dipersetujui antara penjual dan pembeli.


PASARAN BARANGAN :


petunjuk keluk :
1 - keluk permintaan pasaran (DD)
2 - keluk penawaran pasaran (SS)
3 - keseimbangan pasaran (titik tengah persilangan)
4 - lebihan permintaan
5 - lebihan penawaran


game senang ingat :



contoh :  

  • Pada tingkat harga RM2, pasaran mengalami lebihan permintaan sebanyak 10 unit (15 - 5 unit). Keadaan  ini menyebabkan  harga cenderung untuk naik. Apabila harga naik, kuantiti diminta (DD) akan turun dan kuantiti ditawarkan (SS) akan naik. Proses ini akan berhenti apabila keseimbangan dicapai pada titik E.
  • Pada tingkat harga RM4, pasaran mengalami lebihan penawaran sebanyak 10 unit (15 - 5 unit). Keadaan  ini menyebabkan  harga cenderung untuk turun. Apabila harga turun, kuantiti diminta (DD) akan naik dan kuantiti ditawarkan (SS) akan turun. Proses ini akan berhenti apabila keseimbangan dicapai pada titik E.

perbezaan antara pasaran barangan dengan pasaran faktor





ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN DALAM EKONOMI DUA SEKTOR

perhatian : kadang2 soalan selalu bertukar2 tempat..jadi, mungkin korang akan terkeliru kedudukan aliran fizikal / wang..lebih baik korang hafal rajah ni..senang je..here the tips :

game senang ingat : 
* nak ingat jenis aliran sama ada aliran fizikal / wang :
  isi rumah ---> pasaran faktor ---> firma ---> pasaran barangan
 = inspektor fakri (fakri kan nama orang, jadi dia aliran fizikal)

* nak ingat kedudukan = pastikan kedudukan isi rumah bertentangan dengan firma,
                                 = kedudukan pasaran faktor betentangan dgn pasaran barangan.

good luck..8 )

Sunday, March 11, 2012

jenis-jenis keluaran = firma sebagai pengeluar (formula)



ok..untuk formula (b) dan (c), cuba lihat formula di bawah ini.

KL  P = KL
             IB              <<<  game senang ingatKL Pi KL IB


* P <<< tukar kepada S dan tambah huruf yang berbentuk seperti A dan E = SAE untuk formula (c)





ok..untuk formula (d) dan (e), suka makan gula-gula kopiko..? nih formula dia..

KO  P = KO
             KL              <<<  game senang ingat : KO Pi KO KL


P <<< tukar kepada S dan tambah huruf yang berbentuk seperti A dan E = SAE untuk formula (e)

penawaran

maksud penawaran :
kuantiti sesuatu barang yang sanggup dan mampu ditawarkan oleh firma pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam suatu tempoh masa tertentu.

hukum penawaran (+ve) :
* apabila harga barang naik, kuantiti penawaran barang meningkat.
* apabila harga barang turun, kuantiti penawaran barang berkurang.


Keluk Penawaran :























PEMBENTUKAN keluk penawaran individu :

* Pada tingkat harga RM 1 sekilogram, kuantiti biskut yang ditawarkan di pasaran ialah 5 kg dan ditandai  dengan titik a.

* Pada tingkat harga RM 2 sekilogram, kuantiti biskut yang ditawarkan di pasaran ialah 10kg dan ditandai  dengan titik b.

* Pada tingkat harga RM 3 sekilogram, kuantiti biskut yang ditawarkan di pasaran ialah 15kg dan ditandai  dengan titik c.

* Pada tingkat harga RM 4 sekilogram, kuantiti biskut yang ditawarkan di pasaran ialah 20kg dan ditandai  dengan titik d.

* Pada tingkat harga RM 5 sekilogram, kuantiti biskut yang ditawarkan di pasaran ialah 25kg dan ditandai  dengan titik e.

* (tambah semua Rumusan Keluk)


RUMUSAN keluk :

1. Keluk penawaran pasaran terbentuk dengan titik-titik a, b, c, d, dan e.
2. Jika harga meningkat, maka kuantiti barang diminta akan bertambah.
2. Bentuk keluk penawaran pasaran adalah mencerun ke atas dari kiri ke kanan.
3. Hubungan harga dengan kuantiti yang diminta adalah positif.


perhatian :
dari kiri ke kanan : wajib tulis perkataan ini. jangan ubah kedudukan ayat tersebut seperti "dari kanan ke kiri". wajib ditulis begini " dari kiri ke kanan". yang berubah hanyalah mencerun ke (bawah/ atas) sahaja. jika keluk -ve, mencerun ke bawah. jika keluk +ve, mencerun ke atas. please take it seriously.. 8 )

input tetap vs input berubah






































firma sebagai pengeluar (objektif)

objektif firma :
1. memaksimumkan keuntungan.
    * diperoleh apabila hasil jualan > kos pengeluaran
    * keuntungan digunakan untuk -membiayai kos pengeluaran
                                                   -pelaburan
    * keuntungan dapat menjamin perkembangan firma.

2. memaksimumkan jualan.
    * untuk menambah bahagian pasaran firma
    * untuk melakukan aktiviti pengiklanan yang agresif untuk meningkatkan jualan.

objektif lain :
3. menjaga kebajikan mayarakat.
4. mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan.

Friday, March 2, 2012

keanjalan harga permintaan






perhatian : pastikan Q berada di atas dan P berada di bawah..
game senang ingat : sebut laju2 >>> QP QP QP QP


contoh :










JENIS PERMINTAAN :





Ok..kalau untuk permintaan anjal satu/uniti : Ed = 1 ,
                                                                      : % perubahan harga = % perubahan kuantiti yang diminta




JENIS KELUK PERMINTAAN :


























BAGAIMANA PENGELUAR MENGGUNAKAN PEKALI KEANJALAN HARGA PERMINTAAN UNTUK MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN..?



Jumlah Hasil = Harga x Kuantiti




tengok muka tu..
kalo korang still lagi keliru nak hafal..
ingatlah muka ni yerk..
start dari mata..hidung (xder kena mengena)..then mulut dia..
ok..? great