cubit saya

Monday, March 19, 2012

pasaran

maksud pasaran :
suatu keadaan apabila para penjual dan pembeli bertemu secara langsung atau tidak langsung untuk menjalankan urus niaga.

*pasaran secara langsung >>> penjual dan pembeli bertemu di satu tempat (kedai, pasar raya)
*pasaran tidak langsung   >>> melalui alat2 perhubungan (telefon, faks, internet, pos)


ciri-ciri pasaran :
a. wujudnya penjual dan pembeli.
b. terdapat barang atau perkhidmatan yang diurusniagakan.
c. terdapat suatu tingkat harga yang dipersetujui antara penjual dan pembeli.


PASARAN BARANGAN :


petunjuk keluk :
1 - keluk permintaan pasaran (DD)
2 - keluk penawaran pasaran (SS)
3 - keseimbangan pasaran (titik tengah persilangan)
4 - lebihan permintaan
5 - lebihan penawaran


game senang ingat :



contoh :  

  • Pada tingkat harga RM2, pasaran mengalami lebihan permintaan sebanyak 10 unit (15 - 5 unit). Keadaan  ini menyebabkan  harga cenderung untuk naik. Apabila harga naik, kuantiti diminta (DD) akan turun dan kuantiti ditawarkan (SS) akan naik. Proses ini akan berhenti apabila keseimbangan dicapai pada titik E.
  • Pada tingkat harga RM4, pasaran mengalami lebihan penawaran sebanyak 10 unit (15 - 5 unit). Keadaan  ini menyebabkan  harga cenderung untuk turun. Apabila harga turun, kuantiti diminta (DD) akan naik dan kuantiti ditawarkan (SS) akan turun. Proses ini akan berhenti apabila keseimbangan dicapai pada titik E.

perbezaan antara pasaran barangan dengan pasaran faktor





ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN DALAM EKONOMI DUA SEKTOR

perhatian : kadang2 soalan selalu bertukar2 tempat..jadi, mungkin korang akan terkeliru kedudukan aliran fizikal / wang..lebih baik korang hafal rajah ni..senang je..here the tips :

game senang ingat : 
* nak ingat jenis aliran sama ada aliran fizikal / wang :
  isi rumah ---> pasaran faktor ---> firma ---> pasaran barangan
 = inspektor fakri (fakri kan nama orang, jadi dia aliran fizikal)

* nak ingat kedudukan = pastikan kedudukan isi rumah bertentangan dengan firma,
                                 = kedudukan pasaran faktor betentangan dgn pasaran barangan.

good luck..8 )

Sunday, March 11, 2012

jenis-jenis keluaran = firma sebagai pengeluar (formula)



ok..untuk formula (b) dan (c), cuba lihat formula di bawah ini.

KL  P = KL
             IB              <<<  game senang ingatKL Pi KL IB


* P <<< tukar kepada S dan tambah huruf yang berbentuk seperti A dan E = SAE untuk formula (c)





ok..untuk formula (d) dan (e), suka makan gula-gula kopiko..? nih formula dia..

KO  P = KO
             KL              <<<  game senang ingat : KO Pi KO KL


P <<< tukar kepada S dan tambah huruf yang berbentuk seperti A dan E = SAE untuk formula (e)

penawaran

maksud penawaran :
kuantiti sesuatu barang yang sanggup dan mampu ditawarkan oleh firma pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam suatu tempoh masa tertentu.

hukum penawaran (+ve) :
* apabila harga barang naik, kuantiti penawaran barang meningkat.
* apabila harga barang turun, kuantiti penawaran barang berkurang.


Keluk Penawaran :























PEMBENTUKAN keluk penawaran individu :

* Pada tingkat harga RM 1 sekilogram, kuantiti biskut yang ditawarkan di pasaran ialah 5 kg dan ditandai  dengan titik a.

* Pada tingkat harga RM 2 sekilogram, kuantiti biskut yang ditawarkan di pasaran ialah 10kg dan ditandai  dengan titik b.

* Pada tingkat harga RM 3 sekilogram, kuantiti biskut yang ditawarkan di pasaran ialah 15kg dan ditandai  dengan titik c.

* Pada tingkat harga RM 4 sekilogram, kuantiti biskut yang ditawarkan di pasaran ialah 20kg dan ditandai  dengan titik d.

* Pada tingkat harga RM 5 sekilogram, kuantiti biskut yang ditawarkan di pasaran ialah 25kg dan ditandai  dengan titik e.

* (tambah semua Rumusan Keluk)


RUMUSAN keluk :

1. Keluk penawaran pasaran terbentuk dengan titik-titik a, b, c, d, dan e.
2. Jika harga meningkat, maka kuantiti barang diminta akan bertambah.
2. Bentuk keluk penawaran pasaran adalah mencerun ke atas dari kiri ke kanan.
3. Hubungan harga dengan kuantiti yang diminta adalah positif.


perhatian :
dari kiri ke kanan : wajib tulis perkataan ini. jangan ubah kedudukan ayat tersebut seperti "dari kanan ke kiri". wajib ditulis begini " dari kiri ke kanan". yang berubah hanyalah mencerun ke (bawah/ atas) sahaja. jika keluk -ve, mencerun ke bawah. jika keluk +ve, mencerun ke atas. please take it seriously.. 8 )

input tetap vs input berubah






































firma sebagai pengeluar (objektif)

objektif firma :
1. memaksimumkan keuntungan.
    * diperoleh apabila hasil jualan > kos pengeluaran
    * keuntungan digunakan untuk -membiayai kos pengeluaran
                                                   -pelaburan
    * keuntungan dapat menjamin perkembangan firma.

2. memaksimumkan jualan.
    * untuk menambah bahagian pasaran firma
    * untuk melakukan aktiviti pengiklanan yang agresif untuk meningkatkan jualan.

objektif lain :
3. menjaga kebajikan mayarakat.
4. mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan.

Friday, March 2, 2012

keanjalan harga permintaan






perhatian : pastikan Q berada di atas dan P berada di bawah..
game senang ingat : sebut laju2 >>> QP QP QP QP


contoh :










JENIS PERMINTAAN :





Ok..kalau untuk permintaan anjal satu/uniti : Ed = 1 ,
                                                                      : % perubahan harga = % perubahan kuantiti yang diminta




JENIS KELUK PERMINTAAN :


























BAGAIMANA PENGELUAR MENGGUNAKAN PEKALI KEANJALAN HARGA PERMINTAAN UNTUK MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN..?



Jumlah Hasil = Harga x Kuantiti




tengok muka tu..
kalo korang still lagi keliru nak hafal..
ingatlah muka ni yerk..
start dari mata..hidung (xder kena mengena)..then mulut dia..
ok..? great

Thursday, February 23, 2012

penentu permintaan


  1. Harga barang itu
   




















faktor-faktor lain :

    2.   Harga barang lain




                                                                                 
          * barang pengganti (barang y boleh diganti dgn barang lain)
             contoh : cakera padat = kaset
                          teh = kopi
                          bas = teksi

             hubungan : positif = ganti













         * barang penggenap (barang y perlu digunakan bersama-sama)
            contoh : video kamera = pita
                         sampul surat = setem
                         pen = dakwat
                         kereta = petrol
                  
           hubungan : negatif = genap

             











    3.   Pendapatan individu
          * perubahan dalam pendapatan individu mempengaruhi kuantiti yang diminta.
          * pertambahan dalam pendapatan individu akan meningkatkan permintaan individu.
          * hubungan antara tingkat pendapatan dengan kuantiti yang diminta adalah positif.



    4.   Cita rasa
          * jika pengguna suka, permintaan terhadap barang dan perkhidmatan akan meningkat.



    5.   Jangkaan harga pada masa depan
          * jika harga sesuatu barang dijangka naik pada masa depan dan barang tersebut boleh disimpan,  maka pengguna akan membeli dengan banyak pada masa sekarang. Oleh itu, permintaan pada masa kini akan bertambah.
          * jika harga pada masa depan dijangka jatuh, maka pengguna akan menangguhkan pembeliannya pada masa sekarang.



    6.   Musim
          * antaranya : musim perayaan, musim cuti sekolah, keadaan cuaca pada masa-masa tertentu.
          * contoh : Hari Raya Aidilfitri - permintaan baju kurung, baju melayu, selendang dan songkok akan meningkat.



    7.   Dasar kerajaan (cukai)
          * peningkatan pendapatan akan menambah kuasa beli pengguna.
          * jika kadar cukai berkurang, pendapatan boleh guna meningkat, permintaan terhadap barang meningkat.
          * jika kadar cukai bertambah, pendapatan boleh guna menurun, permintaan terhadap barang menurun.


permintaan

maksud permintaan :
* kuantiti barang atau perkhidmatan yang ingin dan mampu dibeli oleh pengguna pada suatu tingkat harga dan pada suatu tempoh masa tertentu.

* permintaan ada jika = ingin beli, mampu beli.


hukum permintaan (-ve) :

   


JADUAL PERMINTAAN INDIVIDU :

contoh: permintaan terhadap sawi.








PEMBENTUKAN keluk permintaan individu :

* Pada tingkat harga RM1 sekilogram, kuantiti diminta bagi sawi ialah 10kg dan ditanda dengan titik a.
* Pada tingkat harga RM2 sekilogram, kuantiti diminta bagi sawi ialah 8 kg dan ditanda dengan titik b.
* Pada tingkat harga RM3 sekilogram, kuantiti diminta bagi sawi ialah 6 kg dan ditanda dengan titik c.
* Pada tingkat harga RM4 sekilogram, kuantiti diminta bagi sawi ialah 4 kg dan ditanda dengan titik d.
* Pada tingkat harga RM5 sekilogram, kuantiti diminta bagi sawi ialah 2 kg dan ditanda dengan titik e.
* (tambah semua rumusan keluk)


RUMUSAN keluk :

  1.  Keluk permintaan individu terbentuk dengan menyambung titik-titik a, b,c, d dan e.
  2.  Jika harga meningkat, maka kuantiti barang diminta akan menurun.
  3.  Bentuk keluk permintaan adalah mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
  4.  Hubungan harga dengan kuantiti yang diminta adalah songsang atau negatif.

perhatian :
dari kiri ke kanan : wajib tulis perkataan ini. jangan ubah kedudukan ayat tersebut seperti "dari kanan ke kiri". wajib ditulis begini " dari kiri ke kanan". yang berubah hanyalah mencerun ke (bawah / atas) sahaja. jika keluk -ve, mencerun ke bawah. jika keluk +ve, mencerun ke atas. please take it seriously.. 8 )

objektif isi rumah


  1. memaksimumkan kepuasan (utiliti) .
  2. terpaksa membuat pilihan berdasarkan cita rasa.
*kepuasan meningkat = utiliti meningkat.

peranan isi rumah


  1. pembekal input pengeluaran
              *contoh: buruh, tanah, modal dan usahawan.

              *ganjaran: modal =  faedah
                               buruh =  upah
                               usahawan  =  untung
                               tanah =  sewa
                             
    2.  pengguna barang dan perkhidmatan

               *kehendak isi rumah tidak terhad.
               *tapi ia terhalang oleh pendapatan.


Thursday, February 2, 2012

pelaburan vs tabungan

haha..rasanya bukan subjek ekonomi asas kalau soalan ni tak muncul dalam paper spm nanti..sebabnya setiap kali peperiksaan ada jer tajuk ni nak keluar..so..mungkin sejarah saya akan berulang pada anda pula..apa yang penting faham dulu baru mulakan hafalan ok..caiyok deh..!!

persamaan : menghasilkan ganjaran.

cara melabur

ok..tajuk ni agak famous..berikan perhatian dan cuba hafal sebaik mungkin ok..u can do it..caiyok23..!!




tujuan melabur


sebab pinjaman dikenakan faedah


tujuan meminjam


tujuan menabung


konsep tabungan


Monday, January 16, 2012

keperluan dan kehendak

pendapatan boleh guna

RM RM
Jenis Pendapatan Individu X
gaji X
upah X
faedah X
sewa X
untung X
dividen X
bayaran pindahan X
bonus X
elaun X
JUMLAH PENDAPATAN XX
(-) Potongan wajib
kwsp X
cukai pendapatan X
zakat X
perkeso X
X
JUMLAH POTONGAN WAJIB XX
PENDAPATAN BOLEH GUNA XXX

pendapatan boleh cukai

RM RM
Jenis Pendapatan Individu X
gaji X
upah X
faedah X
sewa X
untung X
dividen X
bayaran pindahan X
bonus X
elaun X
JUMLAH PENDAPATAN XX
(-) Pelepasan Cukai
diri sendiri X
isteri X
anak X
kwsp X
perubatan ibu bapa X
JUMLAH PELEPASAN CUKAI XX
PENDAPATAN BOLEH CUKAI XXX

potongan wajib

  • kwsp
  • perkeso
  • zakat (orang Islam sahaja)
  • cukai pendapatan perseorangan

pendapatan individu (UFSUDBP)

Upah
Faedah
Sewa
Untung
Dividen
Bayaran Pindahan

faktor pemilihan pekerjaan




cara menyelesaikan masalah asas ekonomi



KAPITALIS

PERANCANGAN PUSAT
(sosialis)

CAMPURAN

ISLAM
Apa
-diselesaikan melalui kuasa pasaran.
-pengguna dianggap raja.
-barang dan perkhidmatan yang ada di pasaran adalah barang dan perkhidmatan yang diminta oleh pengguna sahaja.
-pengeluar akan mengeluarkan lebih banyak barang jika mendapat sambutan.
 -ditentukan oleh kerajaan kerana kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan jenis barang dan perkhidmatan yang akan dikeluarkan.
-biasanya, barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan menjadi keperluan masyarakat.
-jenis barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh pengguna dan pengeluar.
-kerajaan mengeluarkan barang yang tidak dapat dikeluarkan oleh pihak swasta.
-melalui mekanisme harga.
-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan bergantung pada permintaan masyarakat.
-semua barang yang mendatangkan faedah dan tidak bertentangan dengan hukum syarak boleh dikeluarkan.
Berapa
-diselesaikan melalui mekanisme harga.
-interaksi antara pemintaan oleh pengguna dan penawaran oleh pengeluar akan menentukan kuantiti barang yang dikeluarkan di pasaran.
-jika permintaan tinggi, barang dan perkhidmatan dikeluarkan dengan lebih banyak.
-badan perancangan ekonomi menentukan berapa banyak jumlah barang dan perkhidmatan yang harus dikeluarkan berdasarkan keperluan rakyat.
-ditentukan oleh kuasa pasaran.
-kerajaan menjamin barang yang dikeluarkan.
-cukai dan subsidi dikenakan untuk mengawal kuantiti barang.

-melalui mekanisme harga.
Jika barang dan perkhidmatan tidak cukup, pengeluarannya perlu ditambah segera bagi mengelakkan kegiatan menyorok barang.
Bagaimana
-pengeluar akan menggunakan teknik pengeluaran yang paling cekap untuk menghasilkan output.
-pengeluar boleh memilih sama ada ingin menggunakan intensif buruh atau modal.
-kerajaan akan menentukan teknik pengeluaran sama ada intensif buruh atau modal.
-pada umumnya, kaedah intensif buruh lebih cenderung digunakan kerana dapat mengurangkan pengangguran.
-walau apa pun teknik pengeluaran yang digunakan, teknologi moden tetap diutamakan untuk menjimatkan kos pengeluaran.
-melalui mekanisme harga.
-kerajaan campur tangan untuk menjamin keadilan sosial.
-kerajaan akan memastikan pekerja dibayar upah yang sesuai dengan kerja mereka.
-kerajaan cuba untuk meminimumkan pengangguran.
-melalui mekanisme harga.
-pengeluar bebas memilih intensif buruh atau modal.
Jika intensif buruh lebih murah, maka pengeluar akan menggunakannya.
Untuk siapa
-melalui corak pengagihan pendapatan.
-kebajikan masyarakat kurang diberi perhatian oleh pengeluar.
-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah yang diperlukan oleh rakyat.
-ia akan diagihkan secara adil dan saksama agar kebajikan rakyat terpelihara.
-kadangkala, sistem catuan digunakan bagi memastikan pengagihan barang yang lebih adil.
-melalui corak pengagihan pendapatan dan kuasa beli masyarakat melalui cukai dan subsidi.
-kerajaan campur tangan untuk menjamin bekalan keperluan yang cukup kepada rakyat miskin.
-kerajaan akan mengawasi harga barang keperluan.
-melalui corak pengagihan pendapatan.
-konsep keadilan amat diutamakan.
-keadilan dalam Islam adalah melalui pembayaran zakat.
-golongan miskin tetap dijamin bekalan keperluan yang cukup.
-oleh itu, masalah jurang perbezaan pendapatan dapat diatasi.

sistem ekonomi



KAPITALIS

PERANCANGAN PUSAT
(Sosialis)

CAMPURAN

ISLAM
Pemilikan sumber
-milik pihak swasta dan individu.
-kerajaan tidak campur tangan.
-milik kerajaan sepenuhnya.
-rakyat dan pihak swasta tidak boleh memiliki sumber2 tersebut.
-milikpengguna dan pengeluar.
-kebebasan pemilikan sumber akan dikawal oleh kerajaan melalui undang2 yang ditetapkan.
-hak milik mutlak Allah.
-manusia hanya pemegang amanah dan bebas mencari kekayaan berdasarkan hukum syarak.
Pembuat keputusan
-oleh pengguna dan pengeluar.
-kerajaan hanya memastikan unit2 ekonomi tersebut mematuhi undang2.
-kerajaan berkuasa mutlak.
-keputusan tentang masalah asas ekonomi ditentukan badan perancangan ekonomi yang ditubuhkan oleh kerajaan.
-pihakswastabebas menentukan keputusan ttg masalah asas ekonomi .
-kerajaan akan keluarkan barang dan perkhidmatan yang tidak mampu disediakan oleh swasta.
-keputusan ditentukan olehpengguna, pengeluar, dan kerajaan.
-kerajaan mengeluarkan barang yang tidak disediakan pihak swasta.
Pilihan
-pengguna dan pengeluar bebas memilih barang dan perkhidmatan yang diingini bertujuan mencapai kepuasan yang max.
-pengguna dianggap raja.
-tidak wujudpilihan barang dan perkhidmatan serta pekerjaan.
-rakyat hanya menerima apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
-pengeluar, pengguna dan kerajaan  bebas membuat keputusan masing2.
-kerajaan melindungi barang keluaran tempatan dengan mengenakan cukai terhadap barang import.
-berdasarkan hukum syarak.
-pengeluar mengeluarkan yang halal.
-jual beli arak dan daging khinzir secara terbuka dilarang.
Penentuan harga
-oleh kuasa permintaan(pengguna) dan kuasa penawaran(pengeluar) melalui mekanisme harga.
-ditetapkan oleh kerajaan tapi masih berpatutan kerana sistem ini bertujuan memaksimumkan kebajikan masyarakat.
-olehmekanisme harga dan dikawal kerajaan.
-olehmekanisme harga dan kerajaan.
-kerajaan hanya campur tangan apabila ketidakstabilan dalam pasaran.
Persaingan
-Bebas bersaing.
-pengeluar akan cuba beroperasi pada tahap kos yang minimum.
-tidak wujud persaingan.
-persaingan antara pengeluar dalam bentuk saingan harga dan saingan bukan harga.
-kerajaan akan memastikan persaingan yang adil wujud di pasaran.
-persaingan secara sihat, adildan saksama antara pengeluar.
Motif
-pengeluar cuba memax. Keuntungan dengan meminimumkan kos pengeluaran.
-kebajikan masyarakat kurang diberi perhatian oleh pengeluar.
-kerajaan akan cuba memaksimumkan kebajikan rakyat.
-swasta akan cuba mencapai keuntungan yang max dan min kos pengeluaran.
-kerajaan akan menjaga kebajikan rakyat dan tidak bermotifkan keuntungan.
-pengguna akan memax kepuasan.
-untuk mendapat keradaan Allah.