- Harga barang itu
faktor-faktor lain :
2. Harga barang lain
* barang pengganti (barang y boleh diganti dgn barang lain)
contoh : cakera padat = kaset
teh = kopi
bas = teksi
hubungan : positif = ganti
* barang penggenap (barang y perlu digunakan bersama-sama)
contoh : video kamera = pita
sampul surat = setem
pen = dakwat
kereta = petrol
hubungan : negatif = genap
3. Pendapatan individu
* perubahan dalam pendapatan individu mempengaruhi kuantiti yang diminta.
* pertambahan dalam pendapatan individu akan meningkatkan permintaan individu.
* hubungan antara tingkat pendapatan dengan kuantiti yang diminta adalah positif.
4. Cita rasa
* jika pengguna suka, permintaan terhadap barang dan perkhidmatan akan meningkat.
5. Jangkaan harga pada masa depan
* jika harga sesuatu barang dijangka naik pada masa depan dan barang tersebut boleh disimpan, maka pengguna akan membeli dengan banyak pada masa sekarang. Oleh itu, permintaan pada masa kini akan bertambah.
* jika harga pada masa depan dijangka jatuh, maka pengguna akan menangguhkan pembeliannya pada masa sekarang.
6. Musim
* antaranya : musim perayaan, musim cuti sekolah, keadaan cuaca pada masa-masa tertentu.
* contoh : Hari Raya Aidilfitri - permintaan baju kurung, baju melayu, selendang dan songkok akan meningkat.
7. Dasar kerajaan (cukai)
* peningkatan pendapatan akan menambah kuasa beli pengguna.
* jika kadar cukai berkurang, pendapatan boleh guna meningkat, permintaan terhadap barang meningkat.
* jika kadar cukai bertambah, pendapatan boleh guna menurun, permintaan terhadap barang menurun.